Wednesday, January 23, 2013

New Life, New Status & New Person Part 1

Assalamualaikum semua! hai2! ketemu lagi bersama aku. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah atas segala kesabaran dan usaha aku dan Mr F. Akhirnya pada tarikh 29/12/2012 pada jam 9:50 pm aku telah di ijab kabulkan oleh bapaku. Amboi skema ayat aku. haha. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sudah bergelar isteri kepada Mr F. Dulu panggil Mr F. Sekarang panggil Mr Husband. Eceh gedik *lempanglajulaju*. 

Perasaan aku masa tu memang sukar nak digambarkan macam mana. kalau korang ada kat tempat aku. Korang boleh rasa apa yang aku rasa haha! .Saat paling aku sebak masa suamiku terima lafaz nikah dengan jayanya. kahkahkah!Oppss maaf. Aku menangis jugak masa tu. ingat gentle la taknak nangis. tapi apa boleh buat. hati tisu kata orang. 

Aktiviti batalkan air sembahyang dan cium-mencium.  Aku rasa malu gila masa tu. dengan orang ramai. dengan banyak kamera. haha memang tebal muka aku 60 inci sekejap. Selepas itewww, adegan peluk memeluk pulak. haa masa ni aku nangis lagi masa aku peluk dengan mama, mak kandung aku. mama pun nangis juga. Semua yang ada kat situ sebak. pergh drama! . haha. Mungkin mama rasa sebak nak lepaskan aku. :'(

Bermula la aktiviti bergambar. yea! aku suka part ini. semua muka gembira dan paling gembira mestila aku. gila kau tak gembira dah dapat jadi isteri orang. haha
korang tengok la gambar-gambar masa majlis nikah dan majlis bersanding. Amaran keras! jangan muntah hijau tengok gambar2 aku ni. haha





















































mereka cinta hati saya

I Love You Husband!

p/s: aku dah kawen lepas ni as. lepas as sapa?

1 comment: