Saturday, July 30, 2011

Pencarian


Bunyi macam ada pertandingan ratu cantik je kan.
bajet kau hot la tu. hancur ade la.
ok! lupakan. Balik ke pangkal jalan. Ape yang aku cari?
banyak benda yang aku cari.
Macam-macam yang aku cari. Eh kau ni samala macam ayat tadi. haha!
Sebenarnya aku nak cari hala tuju yang belum pasti.
Mende kau merepek ni. ok! takpa aku terangkan.
Umur macam aku ni bese la. berangan nak semua bende. Bajet macam
aku boleh dapat je kan. Ok fine! i'm realize that fact.
Tapi sebenarnya aku pun ade keinginan gak. Tak salah kan.
Aku nak kerja yang baik, Nak sambung belajar lagi, Nak kawen. ecece. gatal.
Aku harap sangat aku dapat berjaya sepanjang pencarian
aku sebagai seorang manusia. Aku harap dapat perbaiki kelemahan aku.
Aku nak tunaikan impian aku. Aku sentiasa berdoa aku dapat lakukan yang terbaik sepanjang aku hidup. Walaupun kadang-kadang tergelincir dari landasan.
Aku perlu sokongan keluarga dan kawan-kawan aku.
Akhir kate aku doakan kawan-kawan aku semua bejaya dalam hidup korunk ok!

Search apa yang patut


p/s: bone yang post

Saturday, July 23, 2011

......................

Biar saya tunggu. Biar saya tahan. Biar saya menyimpan. Terima kasih kerana beri peluang utk kembali berhubung walau sementara walau dikeji. Semua itu salah faham. Biar saya menjadi seseorang, yang walaupun jauh sangat. Biar tidak berhubung kerana tidak elok mengganggu. Biar saya mendoakan kebaikan untuknya dunia akhirat, kerana kebahagiaan dia kebahagiaan saya juga. Saya percaya pada rezeki Tuhan. Saya percaya pada kuasaNya. Saya berusaha, tetapi bukan yang mendesak dan usaha saya hanya Dia yg tahu. Mendekati adalah jalan terbaik, menjadi rakan adalah syukur walau tidak diberi peluang tetap syukur. Suatu hari jika diizinkanNya, masa itu pasti kan tiba. Sekarang saya tutup pada yg lain, kedegilan hati. Hinggalah satu hari merasakan dan menyaksikan penghujung segala-galanya atau mengakhiri segala-galanya - fiesha

Wednesday, July 6, 2011

Tengok orang kawen rase nak kawen jugak.


hai semua. lama tak update. haha gedik sangat. padahal kawan
aku dah update semalam.Nak dijadikan cite la kan. ahad minggu lepas
kami semua. (Geng Kenari) pergi kenduri kawen classmate kami
mase study kolej dulu. Aku excited nak pergi sebab nk jumpe
kawan2 aku. Yela lama betul tak jumpa dorang. Last jumpe masa konvo
tahun lepas. lama tak? (kira la sendiri).Lokasinye kat Taman Sri Andalas, Klang.
Sampai je kat Klang kami semua berkumpul dekat hospital.
Lepas tu teruskan perjalan. Boleh pulak sesat. Adoi! bertawaf jugak la
kami semua hahaha. Nasib baik aku ade bawa GPS.(bajet penyelamat).
Akhirnya sampai jugak kami kat rumah kawan kami ni.
Ape lagi sampai kat lokasi salam2 gan mak pengantin perempuan
terus cari makanan. haha dasar gelojoh.(sape tu?).
Lauk macam bese lauk orang kenduri. haha. Lepas makan semua
aktiviti yang sangat dinantikan kami semua. ape lagi bergambar la.
masing2 dah kuar kan kamera. Jadi, malas nak cerita banyak korang tengok
gambar kami yang perasan gedik. hahaha.

gadis-gadis yang kuat bergambar

haa ni masing2 control ayu

langsung tak ayu dah
erin dan fiesha

echa

astyka

aku dengan Mr 'F'

ni pelamin nye. cantik kan

pengantin perempuan tu la kawan kami


last picture. all the cutest girl. haha

p/s: nanti aku kawen datang ramai2 macam ni ye. ahaks!
-bone@nana-

Tuesday, July 5, 2011

Berjaya

YEESSSS!!!
Akhirnya aku berjaya update blog ni setelah berkurun
lamanya tak update, bukan berjaya apa pun kan
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Berjaya juga masukkan lagu dan update layout
Alaaa tu je aku mampu buat kan
K la tu je....yelaaa ni je mampu buat kan..
HAHAHAHAA

-fiesha-

pe lagi jom arr lompat. HAHAHAHA


Friday, June 17, 2011

Ayah Kau Hero ku


Rajin pulak aku nak update blog ni. dulu pemalas nak mamposss.. sebab busy(ngade2). haha sebenarnya aku nak cerita pasal baba. Baba? sape tu? bapak aku la hisy. kenapa tiba2 nak cerita pasal baba pulak kan. Bukan nye besday dia pon. Sebenarnya aku wat entri pasal baba sebab tak lama lagi Father's day akan datang. aku ni dah la jenis yang susah nak luahkan ape yang ade dalam otak dan hati(ade kena mengena ke).

Baba bagi aku orang yang sangat garang masa aku kecik2 dulu. sebab nye aku ni budak nakal. haha aku selalu kena denda gan baba dulu. hisy2. nakal tak tu?. pernah sekali aku tipu baba kan2. bila baba dapat je tau hal sebenar. baba kejar aku 1 rumah dengan rotan. dapat je aku. disebatnye aku. auwwww sakit tau. leleh2 air mate ni. nanges sebab kena rotan. uuuu sampai hati baba pukul kakak. pastu lari laju2 masuk bilik. hempas pintu pastu kunci bilik. hisy jahat nye aku ni. hahahahaha. Sampai malam kunci pintu. mama ajak makan malam pun tak nak. bajet merajok la konon(mood : gedik). Pukul 12 malam baru kuar bilik. nak tau tak ape yang jadi. baba masak nugget untuk aku. waaaa terharu. nanges lagi (mood: gedik lagi). baba teman aku makan. baba cakap lain kali jangan nakal lagi. baik nye baba. I love you baba!.


garang kan muka baba

Dulu masa kecik2 aku selalu nanges ikut suka hati aku je.
Pernah sekali baba anta lambat pergi sekolah agama.
sampai depan pagar sekolah aku nanges. cakap dengan baba
tak nak masuk sekolahsebab dah lambat padahal loceng
belum bunyi pon.(kan aku cakap aku gedik).
Baba la tukang pujuk aku. cakap slow2 dengan aku. last2 baba yang lambat
pergi keje sebab nak pujuk aku. Teruk nya la aku ni. hahahahaha.


Baba yang selalu sabar kerenah aku

Sekarang dah besar takde dah nanges2( ceh tipu lagi).
kalau aku nanges pon aku masuk bilik. takde dh nanges kuat2 macam dulu.
gila kau buruk kot pompuan nanges kuat2. hahaha.
Sekarang bila dah besar baba jarang marah2 dah.
Sebab baba kata kakak dah besar, dah boleh pikir. hehehe.
nanti kalau aku dah kawen tak dapat la nak manja2 dengan baba lagi.
Mesti rindu gile masa tu. Jadi dengan kesemptan yang ada ni.
kakak nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada baba.
kakak sayang baba dunia akhirat. Love you baba.
Terima kasih dengan pengorbanan yang baba lakukan untuk kita sekeluarga.

Mari kita kenal bapa2 kepada Geng Kenari:

Ayah Echa

Ayah Fiesha

Ayah Astyka

Ayah Erin yang pakai baju warna merah oren tu

Post by: Yana @ bone

p/s: dah lama tak makan masakan baba. Rindu.
erin: tak dapat cari gambar pakcik bahar. :p

Wednesday, June 15, 2011

kami kawan sampai mati

Kami kawan sampai mati! Huish dahsyat pulak tajuk aku ni. hehe. tapi takpela. sebenarnya aku nak cakap yang aku rindu dengan korang sume. sape lagi kalau bukan GENG KENARI kan2. tengok balik gambar lame2 buatkan aku nak balik time kite belajar dulu. haha sengal kan. sebab kite time tu gila2. eh gila ke? nanti aku nak update gambar kita dari sem 1 sampai sem 7. haha tengok ade tak gelak. hahaha. saja je aku nk update blog ni. rasa macam dah bersawang betul. haha. ok2! aku tinggalkan korang gan gambar lama kita. ni pon aku curi kat fb as. hehe.
KAMI KAWAN SAMPAI MATI

post by : yana @ bone

p/s: tengok2! dulu aku kurus. sekarang je dah gemok sikit! sadis :(
erin: sowry beb aku teredit fb kau. hehe jangan marah ye :D

Wednesday, May 11, 2011

HaPPY MOther DAY...

Emak...

adalah wanita yang telah melahirkanku

merawatku

membesarkanku

mendidikku

hingga diriku telah dewasa

Emak...

adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian

tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri

tatkala perutku terasa lapar dan haus

tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam


Emak...

adalah wanita yang penuh perhatian

bila aku sakit

bila aku terjatuh

bila aku menangis

bila aku kesepian

Emak...

telah kupandang wajahmu diwaktu tidur

terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan

terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran

terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang

terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu merepotkanmu

aku yang selalu menyita perhatianmu

aku yang telah menghabiskan air susumu

aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Emak...

engkau menangis karena aku

engkau sedih karena aku

engkau menderita karena aku

engkau kurus karena aku

engkau korbankan segalanya untuk aku

Emak...

jasamu tiada terbalas

jasamu tiada terbeli

jasamu tiada akhir

jasamu tiada tara

jasamu terlukis indah di dalam surga

Emak...

hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu

karena jasamu

tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi

atas rasa cintaku padamu

Emak..., I LOVE YOU SO MUCH

juga kepada Ayah...!!!


seLaMat Hari Ibu,mama,emak,pada geng2 kenari,,,
n 1 malaysia...